Al Fatih

Soalan Lazim

Bagaimana saya ingin mendaftar di Al Fatih?

Ada 2 cara:

  1.  Isi borang yang disediakan di dalam website
  2.  Hubungi pejabat, dan isi borang yang disediakan (google form)

Apakah dokumen yang perlu dikepilkan semasa pendaftaran?

Kami memerlukan:

  1. Salinan mykid anak
  2. Salinan mykad ibu/bapa (jika ada 2 anak, beri 1 salinan sahaja)
  3. Salinan surat beranak anak
  4.  Salinan rekod kesihatan anak (Jadual Imunisasi)

Nota : Kami juga memerlukan RM100 (yuran tempahan/pendaftaran) apabila tempat anak tuan/puan disediakan. Yuran ini tidak akan dikembalikan sekiranya tuan/puan tidak berhajat meneruskan persekolahan di Al Fatih atas sebarang sebab.

Saya tidak pasti untuk daftar anak ke Taska atau Tadika.

Taska:

Berumur antara 3 bulan – 4 tahun

Tadika:

Berumur 4 tahun – 6 tahun

Kami memerlukan tarikh lahir anak tuan/puan untuk kami bantu, samada patut berada di Tadika atau Taska

Anak saya berumur 4 tahun pada tahun hadapan, di mana saya patut daftarkan dia; di Taska atau Tadika?

Perbezaan antara Taska dan Tadika adalah pendekatan yang diambil untuk pembelajaran kanak-kanak ini. Di Taska akita memperuntukkan 1-1.5 jam sehari untuk “kelas” atau aktiviti pembelajaran yang kita adaptasi daripada silibus PERMATA NEGARA. Selebihnya adalah khidmat penjagaan dan kemahiran bersosial sesama kanak-kanak.

Di Tadika pembelajaran adalah lebih formal, waktu yang lebih panjang, mengikut jadual, dan banyak pembelajaran di dalam kelas. Disamping pembelajaran akhlak dan solat yang dilakukan pada setiap hari. Waktu persekolah adalah daripada jam 7.50 pagi – 12.00 tgh hari.

Walau bagaimana pun, pihak JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) tidak membenarkan anak-anak yang telah mencapai umur 4 tahun berada di Taska, kerana Taska adalah untuk anak-anak berumur dibawah 4 tahun.

Pada jam berapa saya perlu menghantar dan mengambil anak saya?

Tadika:

Waktu Persekolah adalah:

  • 7.50 pagi – 12.00 tgh hari (Isnin – Khamis)
  • 7.50 pagi – 11.30 tgh hari (Jumaat)

Walau bagaimana pun, tuan/puan boleh menghantar anak seawall jam 7.00 pagi. Staff kami sedia menunggu.

Jika anak tuan/puan menggunakan khidmat ‘Daycare’ , tuan/puan perlu mengambil anak selewat-lewatnya jam 6.30 petang . Selepas itu, bayaran lebih masa (OT) akan dikenakan sebanyak RM5 utk setiap ½ jam dan bertambah dua kali ganda selepas jam 8.00 malam

 

Taska

Waktu penjagaan di Taska adalah:

  • 7.00 pagi – 6.30 petang

Selepas itu, bayaran lebih masa (OT) akan dikenakan sebanyak RM5 utk setiap ½ jam dan bertambah dua kali ganda selepas jam 8.00 malam

Boleh kah kami melawat tadika/taska sebelum membuat pilihan?

Pada dasarnya, pihak kami tiada halangan untuk tuan/puan untuk berbuat demikian, tetapi pihak JKM dan PPD telah mengeluarkan SOP semasa pandemic untuk tidak membenarkan mana-mana pelawat memasuki Kawasan Taska/Tadika.

Walau bagaimanapun, kami ada menyediakan lawatan virtual untuk tuan/puan mendapat sedikit gambaran keadaan di dalam Taska/Tadika kami.

Dimanakah lokasi Tadika/Taska Al Fatih?

Kami berada di Bandar Puteri. Bandar Seri Putra dan Bandar Bukit Mahkota. Sila klink di sini untuk mendapatkan alamat lengkap.

Saya ada banyak soalan lagi, terutama tentang Yuran!

Jangan bimbang, sila hubungi kami di +60196520282 / +60192240282 untuk menetapkan temujanji. Kami bersedia menjawab pertanyaan dan kemusykilan puan secara bersemuka dan ‘whatsApp’ juga.

Anak saya adalah anak istimewa, tapi doktor mencadangkan beliau bersama dengan kanak-kanak normal untuk mempercepatkan proses normalisasi beliau. Adakah beliau akan diterima di Al Fatih?

Setakat ini kami, belum ada kakitangan yang pakar menguruskan anak-anak istimewa. Walau bagaimanapun, kami bersedia untuk memberi peluang untuk anak tuan/puan mencuba selama seminggu dua di Tadika/Taska kami. Sekiranya beliau dapat menyesuaikan diri dan staff kami tiada masalah menguruskan beliau, beliau boleh terus berada di Al Fatih.

Berapakah Nisbah guru: anak di Al Fatih?

Taska

Di Taska, kami tertakluk kepada nisbah yang telah ditetapkan oleh JKM:

Bayi (3 bln – 12 bulan)   : 1 guru : 3 bayi

Toddler (1 – 2.5 tahun)  : 1 guru: 5 toddler

Palayschool (2.5 -4 thn) : 1 guru : 10 anak

 

Tadika

Mengikut kapasiti kelas dan umur anak

4 tahun – 1 guru: maksimum 10

5 tahun – 1 guru: maksimum 16

6 tahun – 1 guru: maksimum 20

Adakah normal jika anak saya belum menguasai 3M?

Setiap anak berbeza. Mereka ada rentak yang tersendiri untuk mereka dapat mencapai target 3M tersebut. Jangan panik, tugas kita hanya terus mendidik mereka

Bagaimana anak-anak diajar membaca di Al Fatih?

Kami menggunakan kaedah fonetik (memperkenalkan bunyi) bukan mengenal huruf semasa di Al Fatih. Sebagai persediaan untuk ke sekolah rendah, kami akan mula memperkenalkan huruf 6 bulan sebelum tahum persekolahan di Tadika berakhir.

Walau bagaimanapun, apa yang lebih penting, anak-anak boleh membaca, walaupun tidak mengenal huruf.

Adakah anak-anak saya di Taska akan diajar membaca?

Tidak. Anak-anak di Taska akan diajar tentang kemahiran dan perkembangan diri seperti kemahiran fizikal, logik, urus diri, kemahiran Bahasa , dan lain-lain.

Daftar Kemasukan 2024/2025