Skip to main content

Tentang

Mesej Dari Pengerusi

Sudah sampai masanya kita mengiktiraf bahawa setiap anak adalah juara, cerdas dalam bidangnya masing-masing.

TEACHER SALINA AWALUDINPengerusi — Fatih Kids Sdn Bhd

Mesej Dari
Teacher Salina

Bidang Pendidikan, terutamanya bidang Pendididikan Awal Kanak-kanak merupakan satu bidang yang amat penting, tetapi sering diabaikan. Anak-anak yang berada di usia emas ini sepatutnya, mendapat didikan dan kasih sayang sepenuhnya daripada ibu bapa masing-masing. Walau bagaimanapun, keadaan semasa, memerlukan ibu bapa bekerjaya dan bekerja untuk menampung kehidupan. Di sinilah peranan  Institusi Taska dan Tadika yang benar-benar mampu memberikan didikan terbaik amat diperlukan.

Allah berfirman:

Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).

At Taubah: 122

 

Al Fatih di wujudkan bagi menyahut tuntutan ayat Allah ini. Ketika kemahiran ibu bapa diperlukan oleh negara, kami berperanan membantu menjaga dan mendidik anak-anak syurga yang ditinggalkan. Dengan kerjasama pihak ibu bapa dan pihak Al Fatih, Insya Allah Pendidikan anak-anak dapat digembeling sebaiknya.

Pada peringkat awal penubuhan Al Fatih di Bandar Seri Putra iaitu padatahun 2006, tidak banyak tadika Islam yang ada untuk menjadi pilihan ibu bapa. Pengasas Al Fatih, iaitu Teacher Iman dan Teacher Nor (Almarhumah) berasa terpanggil untuk menjadikan bidang tadika ini sebagai medan dakwah mereka. Walau pun tidak dinamakan dengan Tadika Islam, tetapi Al Fatih mengambil Islam sebagai pendekatan yang komprehensif untuk kanak-kanak awal usia ini.

Alhamdulillah, kini, selepas 16 tahun, Al Fatih masih lagi relevan dan tetap menjadi tadika yang dicari oleh ibu bapa baru mahu pun yang sudah lama, dan kami telah berkembang daripada 1 tadika kepada 4 tadika dan 3 taska.

Terbaru, pada tahun 2019, Al Fatih mengadaptasi Kecerdasan Pelbagai dalam pendekatan di Tadika. Kami mengira sudah sampai masanya kita mengiktiraf bahawa setiap anak adalah juara, cerdas dalam bidangnya masing-masing, dan pengiktirafan dan mencungkil bakat ini harus dimulakan di peringkat awal usia. Dengan ini, bersama dengan ibu bapa akan lebih memahami anak-anak dan akan mencari cara dan kaedah yang terbaik untuk membesarkan mereka mengikut kebolehan masing-masing.

Kami juga meletakkan kepentingan seorang anak mengenal Rabbnya beserta adab yang tinggi sebagai asas menjadi hamba dan khalifah yang berjaya dunia akhirat. Ilmu yang tinggi tanpa adab tiada gunanya, seperti kata ulamak (Imam Malik):

“Dulukan Adab sebelum ilmu”

Dianggarkan lebih kurang 5 ribu kanak-kanak di sekitar komuniti Bandar Seri Putera dan Bandar Bukit Mahkota telah menjadi alumni Al Fatih. Diharapkan apa yang telah mereka pelajari menjadi asas yang baik bgi mereka meneruskan kehidupan seterusnya. Semoga ia juga menjadi amal soleh warga pendidik Al Fatih mengajar anak-anak berwudhuk, membaca Al Quran, membaca dan berbagai kemahiran lagi… Ameen.

Sekian dari saya yang meneruskan perjuangan…

TEACHER SALINA BT AWALUDIN

Pengerusi — Fatih Kids Sdn Bhd

Daftar Kemasukan 2024/2025