My Mum is Amazing – Zain Bikha
Dec 6th
An amazing song for an amazing person! All moms are amazing, for that matter.
I can’t wait to see my mom over Eid Al-Adha! :-)
Some Q & A
Dec 4th
Assalamu’alaikum wbk
All the teachers are rather exhausted from a full two-days course on the Khalifah Method in Ampang. It was exhausting indeed, but Alhamdulillah, worth it. Insya-Allah, we plan to implement this in Al-Fatih next year, do make du’a so that Allah will help us.
I have been asked repeatedly to provide a Questions and Answers section for common questions on Al-Fatih. Before I am able to do a formal page, here I will paste parts of an email from an interested parent. There’s some Q & A, which I hope will be able to help, for a start, insya-Allah.
______________________________________________________
Salam Teacher Iman,I’m interested to know further on this kindies and appreciate if u could reply on the following items:-1) When is the 2009 session start?
2) How much is the registration fee? Monthly fees?
3) School session start and end time?
4) Any school van provided to sent the kids home? How much if it is only one way? Fyi, we stay at BSP too at Jln 3/L. Might need the school van to sent my son home but no problem to sent him to school by myself.
5) Do you have day care and until what time?
6) What is the diferences (in terms of charges) if I sent my son for the school session only & school session + day care?Preschool Fees are RM150 per month, daycare fees are RM130 per month. It is the same regardless.
We Are Learning !
Dec 3rd
Assalamu’alaikum wbk
Alhamdulillah, last Saturday (29th Nov 2008), Teacher Yan, Teacher Mar and I went for an intensive course of Bacalah Anakku teaching method which lasted the whole day in International Youth Centre (Pusat Belia Antarabangsa), Cheras. We have sent other previous teachers before, but I thought this would be a good time to reward Teacher Yan and Teacher Mar with a training directly from the authors of this phenomenal phonetics method.
Check out what Bacalah Anakku is all about here
Many thanks to Teacher Yan, Teacher Mar (and families too, including mine !) for willingness to spend a Saturday on “work” thingy.
Insya-Allah tomorrow and Thursday (3-4th Nov 2008), all teachers will be going to a Communications wih Children Course in Ampang. Please make du’a that we will gain benefits from the course.
La BaikaLlah..
Nov 26th
This is just to announce that Teacher Nor Wati has gone for Hajj with her hubby. She will be back only in January, insya-Allah.
So, right now until even the 1st week of school next year, I am alone in managing the pre-school, although Alhamdulillah, my wonderful and dedicated team of teachers and staff are ever willing to do more then expected.
We are in the midst of attending teachers trainings as well as planning for next year’s teaching. Alhamdulillah, everyone’s eager and looking forward to the new year, insya-Allah..
All our du’a goes for Teacher Nor and hubby to be granted a Hajj that is Mabrur, insya-Allah.
Registration 2009 Banner
Nov 22nd
The making of our Registration Banner
One of the things we do annually is designing our own banners. Fortunately, there are a couple of free and open source software out there like GIMP and Inkscape so you don’t have to pay a hefty fee for something like Adobe Photoshop. Despite being free, GIMP for instance has most of the stuff you’d need to make or edit images.
The only problem doing banners on your own is that you might end up spending too much time learning how to use the graphics application.
Both GIMP and Inkscape can be installed on Windows, Linux and Mac OS X.
The following is one of the banners we put up near our school this year. It was done using GIMP. Then we send it to places like Barakah to get it printed out.

Peace!
Upsy Daisy – I look I see 2
Nov 19th
Yusuf Islam (Jamal Records) is back with "I look I see 2". I came across this while searching for stuff at youtube. Very nice one indeed. Time to check out Saba Islamic Media if they’ve got a copy.
Anyways the key message in the nasheed is that going to the masjid is cool. And parents (like me) should take their kids to pray at the Masjid!
. In Bandar Seri Putra, there are a couple of Surau/Musolla (i.e. As-shakirin) and of course there’s a beautiful masjid at KUIS that everyone can go to!
Registration for 2009
Oct 21st
Assalamu’alaikum wbk
This is just to announce that insya-Allah, Registration for 2009 is now open.
Please come and enquire at school, or call me , Teacher Iman (013-3640099) for further details. Or, you can leave a comment on this post.
For existing students, do come and book for siblings and friends of Al-Fatih children asap since places are limited.
Insya-Allah banners and website will be updated accordingly.
First blog!
Oct 18th
Testing 1,2,3 . Selamat datang ke laman blog Al-Fatih Integrated Prechool. We blog too! Enjoy.
- admin
Misi Yang Menginsafkan – Hari 1 (Bahagian 1)
Sep 25th
Teacher, kenapa kami tak boleh pergi hari ni ?
tanya Afiq, salah seorang murid tadika. Mukanya masam mencuka, merajuk.
Kan teacher dah sebut tadi, insya-Allah, esok turn Afiq dan kawan-kawan lain yang tak pergi hari ni pulak ye. Kereta teacher tak boleh muat semua orang,
saya menjawab, memujuk.
Mukanya masih masam, enggan senyum. Fareez di sebelahnya juga begitu, mata tidak memandang saya dan kawan-kawan yang sedang beratur, pun merajuk sama.
Minta maaf, saya berbisik dalam hati.
Memang mereka sedih, terasa ditinggalkan, walaupun tiada niat sebegitu. Budak-budak seusia ini memang sukar menggambarkan ganjaran yang tidak ada di depan mata.
Irfa’, Anzal. Irfa’, Anzal..
suara Teacher Yan membetulkan barisan mengalihkan tumpuan kembali kepada budak-budak tadika yang akan pergi hari ini. Kami akan membawa separuh daripada murid-murid tadika 6 tahun bersama kami. Esok, kumpulan yang separuh lagi pula yang akan pergi, termasuk Afiq dan Fareez.
Ya, hari ini, 23 Ramadhan 1429, hari pertama kami akan menjalankan sebahagian daripada satu misi penting – menyampaikan sumbangan sedekah Tabung Infaq Ramadhan Al-Fatih terus langsung kepada mereka yang memerlukan.
Tabung Infaq Ramadhan ini memang istimewa dan unik. Beberapa hari sebelum Ramadhan, selain daripada menjelaskan aktiviti-aktiviti dan adab-adab untuk menyambut bulan yang mulia ini, kami telah melancarkan Al-Fatih Ramadhan Infaq Fund di tadika.
Tujuannya cuma satu; melatih tangan-tangan kecil ini supaya ringan memberi sedekah, apatah lagi di bulan Ramadhan.
|
Rasulullah SAW bersabda: "الصدقة تطفئ الخطيئة كما يطفئ الماء النار" رواه الترمذي. Sedekah boleh melupuskan dosa laksana air yang boleh memadamkan api. (riwayat Ahmad dan Tirmidhi) |
Alhamdulillah, rata-rata ibu bapa memberi sokongan padu; sentiasa membekalkan anak-anak mereka dengan duit kecil dan syiling saban hari. Memang telah kami tekankan, jumlah sedekah tidak begitu penting, niat dan perbuatan sedekah itu yang utama, insya-Allah.
Setelah dikumpul, dipilih, dikira, dicongak, dan ditukar ke wang kertas yang lebih besar, Alhamdulillah, kutipan tabung mencecah RM600.00, Allahu Akbar !
Setelah berbincang dengan semua guru-guru, kami bersetuju untuk menyumbang wang tunai kepada 3 keluarga yang memerlukan , bersama barangan keperluan asas sedikit seperti beras, minyak, gula, susu serta kuih raya yang telah disumbangkan oleh salah seorang ibu bapa murid tadika.
Faris, Idlan, Ishraf, Aiman R, Ifwat, Fahmi dan Hanif. Semua masuk kereta Teacher Nor. Harith, Hakim, and all the girls, masuk kereta Teacher Iman
Dengan pelbagai ragam, dan suasana gamat yang lumrah dalam mengendalikan budak-budak tadika, akhirnya, mereka semua berjaya juga kami muatkan ke dalam 2 kereta besar. Teacher Yan sama mengiringi di dalam kereta MPV.
Janjinya akan bertemu dengan penunjuk arah, Kak Norzuriyati, di tol Sungai Ramal pada pukul 8.50 pagi. Beliau dari JIM Hulu Langat dan juga merupakan seorang sukarelawan kebajikan Hospital Kajang. Dari dialah kami mendapat senarai 3 keluarga yang dhaif dan pernah mendapat rawatan di Hospital Kajang.
Setelah meredah ke Kajang Utama, berhenti menanya ke situ dan ke sini, akhirnya kami sampai di satu kawasan flat 4 tingkat yang nampak agak usang. Walaupun di luar bangunan nampak baru bercat, tapi keadaan di dalam bangunan memang nampak lama dan agak terbiar.
Kami tunggu dulu di dalam kereta sementara kak Norzu bertanya memastikan barulah membenarkan anak-anak murid tadika turun walaupun mereka sudah resah gelisah terkurung di dalam kereta.
Alhamdulillah, bukan saja tempat itu betul, tapi orang yang Kak Norzu tanyakan itu rupanya adalah orang yang sentiasa membantu makcik yang akan kami lawati ini berulang alik ke Hospital Kajang untuk mendapat rawatan. Encik Maznan, semoga kebaikanmu mendapat balasan daripada Allah SWT.
Encik Maznan dengan besar hati membawa kami semua terus ke rumah makcik, malah siap mengarahkan supaya anak-anak tadika itu berbaris dulu sebelum berjalan sama-sama.
Dengan membawa barangan makanan asas, anak-anak tadika Al-Fatih berbondong membuat barisan di hadapan rumah makcik tersebut sambil mengucapkan salam dengan ceria. Mereka nampaknya tak sabar-sabar nak menyampaikan hasil sedekah yang mereka kumpulkan selama ini. Alhamdulillah, seronok tengok mereka !

Mulanya makcik itu agak terkejut menerima kunjungan satu batalion tapi juga nampak gembira. Agaknya ia suatu bentuk hiburan yang lain dari biasa. Seorang demi seorang anak-anak tadika masuk bersalam mencium tangan Makcik Noraisyah lalu duduk di atas lantai.
Guru-guru pengiring serta Kak Norzu mula bertanya khabar dengan Makcik Noraisyah setelah kami juga masuk dan duduk di bawah.
Makcik Noraisyah kini menggunakan kerusi roda setelah kakinya dipotong sehingga ke pangkal paha akibat kencing manis pada bulan April lalu. Memang menyayat hati mendengar cerita terperinci daripadanya bagaimana dia terpaksa menjalani pembedahan memotong kakinya dan melihat sendiri bahagian kaki yang tinggal selepas dipotong. Ngeri pun ada, ngilu pun ada.

Pada mulanya anak-anak Al-Fatih ini diam membisu, mendengar saja guru-guru dan orang dewasa berbual-bual.
Tapi, terima kasih kepada Kak Norzu (seorang bekas guru tadika veteran dan salah seorang sifu kami dulu), dia yang mula bertanya dan menggalakkan anak-anak Al-Fatih sendiri bertanya kepada Makcik Noraisyah.
Alhamdulillah, setelah dipujuk dan dicabar, akhirnya keluar juga soalan-soalan daripada budak-budak ni.
Bermacam-macam soalan yang keluar ; dari yang biasa kepada yang agak kelakar
. Ada yang bertanya samada Makcik Noraisyah masih solat atau tidak (jawapan : ye ! solat duduk atas kerusi roda atau katil ), dan juga bagaimana beliau makan / tidur / mandi / masak / etc ( jawapan : semua macam biasa, cuma tak boleh berdiri lama kerana kaki sebelah yang tinggal itu akan penat ). Ada juga yang tanya ke mana pergi kaki makcik Noraisyah sekarang ! (jawapan : tanam dalam tanah)
Semua soalan Makcik Noraisyah jawab dengan baik dan mesra. Siap sempat beri nasihat kepada anak-anak Al-Fatih ini. Antara lainnya untuk sentiasa bersyukur dengan pemberian Allah SWT, walaupun kita merasa susah. Terima kasih , Makcik Noraisyah ! Insya-Allah kami ingat pesanan makcik…

Akhirnya, tiba masa untuk berpisah. Kami terpaksa meninggalkan rumah Makcik Noraisyah untuk ke sebuah lagi rumah tempat menyampaikan sumbangan.
Semua pun bersalam dengan makcik Noraisyah sebelum beredar. Semoga Allah SWT berikan Makcik Noraisyah sekeluarga kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi ujian ini, insya-Allah..
bersambung………